Polis buru pemandu Viva lakukan buli jalanan

Dari Penulis

POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung video tular seorang lelaki yang memandu Perodua Viva melakukan buli jalanan di Jalan Sungai Maong, Batu Kawa, Sarawak.

Ketua Polis Padawan, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, video tular berdurasi 29 saat itu dirakam sendiri oleh mangsa kira-kira jam 11.30 pagi.

Jelas beliau, video tersebut telah dimuat naik pemilik akaun Facebook Sandy Tan yang memaparkan seorang pemandu lelaku memberhentikan kereta dan menghalang kenderaannya.

“Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis telah menerima laporan berhubung video tular itu.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini,” katanya memetik laporan Borneo Network.

Baca artikel berkaitan: Polis buru pemandu BMW potong garisan berkembar sebabkan kemalangan

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan ditalian 082-862233.

Video tular tersebut memaparkan seorang lelaki berbaju putih keluar dari kenderaannya dan memarahi mangsa.

Lelaki tersebut dilihat beredar selepas melihat mangsa membuat rakaman dipercayai menggunakan telefon bimbit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This