Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke CHOGM di Rwanda

Dari Penulis

MENTERI Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan diadakan di Kigali, Rwanda dari 21 hingga 25 Jun.

Kementerian Luar Malaysiadalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tema CHOGM tahun ini adalah ‘Delivering A Common Future: Connecting, Innovating, Transforming‘.

SAIFUDDIN ABDULLAH/ Gambar BERNAMA

“Tema ini dilihat relevan dengan keadaan semasa di mana komuniti global sedang berdepan dengan kesan pandemik COVID-19 yang telah mengakibatkan jurang perbezaan ketara daripada segi pengagihan kekayaan, akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan pembangunan sosio-ekonomi.

“Ketua-ketua Kerajaan Komanwel akan berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai cabaran semasa yang akan menjejaskan keluarga Komanwel ke arah mencapai pembangunan mampan dan inklusif,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut memaklumkan bahawa Ketua-Ketua Kerajaan juga akan membincangkan perkembangan politik dan ekonomi global semasa, serta isu berkaitan tadbir urus kerajaan dan kedaulatan undang-undang, pembangunan mampan, pemulihan pasca COVID-19, belia, serta teknologi dan inovasi.

Satu kenyataan CHOGM 2022 serta tiga dokumen hasil – Deklarasi Kigali mengenai Reformasi Penjagaan dan Perlindungan Kanak-kanak; Commonwealth Living Lands Charter: A Commonwealth Call to Action on Living Lands (CALL); dan Deklarasi Perbandaran Lestari dijangka akan diperakui pada penghujung Sidang Kemuncak.

Saifuddin juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya di luar CHOGM ke-26 untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Beliau juga akan bertemu dengan Keluarga Malaysia yang menetap di Rwanda, kata Wisma Putra.

Mesyuarat CHOGM ke-26 merupakan acara dwitahunan, yang sepatutnya diadakan pada 26 hingga 27 Jun 2020, tetapi telah ditunda sebanyak dua kali akibat penularan COVID-19.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This