Mangsa (kiri) patah kaki kanan.

SEORANG lelaki patah kaki kanan selepas motosikal yang ditunggangi terlanggar babi hutan di kilometer 121.0 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat susur keluar Bertam, Pulau Pinang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Perai datang dari arah Sungai Dua menuju ke Sungai Petani.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian seekor babi dilihat melintas jalan dan mangsa dikatakan tidak sempat mengelak sebelum merempuh haiwan liar berkenaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa terpelanting ke atas jalan raya dan patah kaki kanan selain motosikalnya turut rosak.

“Mangsa kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Sungai Petani dan dilaporkan stabil,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: ‘Hanya cap jari Syed Saddiq ditemui’ – Saksi, ASP Marzuqi

@utusantvofficial

Kejadian di kilometer 121.0 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat susur keluar Bertam, Pulau Pinang. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Video kemalangan yang membabitkan mangsa dengan seekor babi sebelum itu tular di laman sosial.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa selain ada yang menggesa pihak pengendali lebuh raya memastikan tahap keselamatan laluan itu agar haiwan liar tidak bolos sekali gus membahayakan pengguna.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram