Isham Jalil nafi jadi calon PN PRK Kuala Kubu Baharu, hanya pemerhati

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Ahli Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyangkal spekulasi beliau bakal diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei depan.

Dalam hantaran di Facebook, bekas Ketua Penerangan UMNO itu menyifatkan poster kononnya beliau adalah calon terbaik PN untuk PRK DUN Kuala Kubu Baharu itu merupakan fitnah dilakukan golongan tertentu.

Isham menjelaskan, beliau akan turun ke PRK DUN Kuala Kubu Baharu nanti hanya sebagai pemerhati.

“Bila masa lah pula saya nak jadi calon (PRK DUN) Kuala Kubu Baharu. Mereka sendiri buat posting (hantaran), mereka sendiri komen.

“Saya akan pergi PRK Kuala Kubu Baharu nanti sebagai pemerhati,” katanya dalam hantaran di Facebook.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Mei dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 27 April ini.

Baca artikel lain: Perintah tahanan rumah Najib: Siapa yang menipu? – Isham Jalil

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Kee Hiong, 58, yang menyandang kerusi itu sejak 2013, meninggal dunia setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Jasad mendiang telah selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Nirvana Crematorium Shah Alam, Seksyen 21.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This