TIGA disahkan maut manakala 56 lagi penumpang sebuah bas persiaran dilapor cedera selepas terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter dalam satu kemalangan di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat awal pagi tadi.
Memetik laporan Detik.com, bas itu membawa 59 orang penumpang yang merupakan guru dan murid sekolah SDN Sayang, Jatinangor ketika kejadian berlaku di Jalan Rajapolah.
Ketua Polis Tasikmalaya, Asisten Komsioner Aszhari Kurniawan berkata, siasatan awal mungkin berpunca daripada pemandu bas mengantuk sehingga gagal mengawal kenderaan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Baca artikel berkaitan: Motosikal kena tarik bukan dicuri dua lelaki
Katanya, bas tersebut dalam berjalanan dari Bandung menuju ke Tasikmalaya terbabas ke kiri jalan sebelum masuk ke gaung.
Sementara itu, usaha membawa keluar bas tersebut giat dijalankan menggunakan truk tunda bagi menarik keluar dari gaung.
Sehingga pukul 9 pagi tadi, masih terdapat mangsa yang tersepit pada bahagian badan bas itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram