Kempen Korban Perdana Aidiladha 2022 anjuran H&M Goat Ranch.

H&M Goat Ranch mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang ingin memyertai kempen Korban Perdana Aidiladha 2022 anjuran syarikat itu bagi membantu golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Parlimen Muar, Johor.

Pengurus H&M Goat Ranch, Eda Md Nor berkata, kempen sudahpun bermula sejak 21 Jun lalu dan akan tamat pada 29 Jun ini.

Kata Eda, pihaknya menawarkan harga serendah RM1,600 termasuk kos sembelihan, melapah, pembungkusan dan edaran.

“Daging-daging korban tersebut kita akan agihkan kepada golongan yang memerlukan sekitar Parlimen Muar,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sukarelawan KBS, MBM bantu pantau kenaikan harga barang

Tambahnya, tempahan atau sumbangan juga boleh disalurkan menerusi pautan https://korban2022.yezza.store/.

Sementara itu Eda juga mengatakan pihaknya berbesar hati mengumumkan perlantikan Ustaz Aminuddin Abu Bakar sebagai Penasihat Shariah syarikat tersebut.

Katanya, Ustaz Aminuddin juga merupakan Jawatankuasa Shariah HSBC Amanah Malaysia Berhad.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram