Lapan ditahan polis dalam tiga serbuan pusat hiburan

Dari Penulis

LAPAN pekerja termasuk tiga warga asing ditahan dalam tiga serbuan ‘Op Noda Khas’ ke atas beberapa pusat hiburan yang terletak di sekitar Petaling Jaya, semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, serbuan pertama dijalankan di kawasan Damansara Utama, Petaling Jaya pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Jelasnya, seramai lima pekerja dan 33 pelanggan telah diperiksa dan mendapati tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati premis terbabit menjual minuman keras dengan lesen perniagaan yang sah.

“Bagaimanapun, pengurus premis gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, polis merampas 14 botol minuman keras dan pengurus ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 76 (1) Akta Eksais 1976.

Baca artikel berkaitan : Lima murid curi motosikal di Ampang Jaya ditangkap polis

Sementara itu pada serbuan pukul 1.45 pagi hari Ahad yang bertempat di Kawasan Bandar Utama, Petaling Jaya mendapati premis telah beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

Siasatan mendapati seorang pekerja warga tempatan dan lima pekerja warga asing sedang bekerja tanpa premit pekerjaan yang sah.

“Premis juga didapati gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras.

“Sehubungan itu, polis merampas 24 botol minuman keras dan menahan pengurus premis serta lima pekerja warga asing bagi siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39B Akta Imigresen, Seksyen 76(1) Akta Eksais 1976 dan Seksyen 11(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

Mengulas lanjut pada serbuan ketiga yang dijalankan di Bandar Utama turut mendapati premis beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan.

“Pengurus premis telah ditahan untuk siasatn manakalan pekerja dan pelanggan telah dibebaskan,” ujarnya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 11(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

Sehubungan itu, Mohamad Fakhruddin mengingatkan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan menjalankan tindakan tegas terhadap premis yang melanggar undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This