BRIGED Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menyerbu sebanyak 10 premis yang dipercayai menjual rokok elektronik menerusi Op E-CIG yang dilaksanakan di sekitar Chow Kit, hari ini.
Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, operasi dijalankan bagi membanteras aktiviti penjualan peranti termasuk produk rokok elektronik tanpa kebenaran.
“(Tindakan) ini adalah berikutan penjualan vape yang berleluasa tanpa kebenaran, jadi beberapa premis telah kita kenal pasti untuk kita laksanakan pemeriksaan.
“Hasilnya memang wujud kesalahan-kesalahan tertentu sama ada di bawah PBT atau di bawah KKM. Antara kesalahan (buka kedai) tanpa permit tanpa lesen, tak bayar cukai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjalankan serbuan Op E-CIG, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia duduki tangga ke-54, baiki prestasi dalam Indeks Persepsi Rasuah – TI-M
Maklumat lengkap termasuk hasil pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan dijangka diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media yang akan diadakan pada Khamis ini.
Hakemal menambah, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan nilai rasmi rampasan kerana pemeriksaan terperinci masih lagi dijalankan.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan operasi serupa akan diteruskan di lokasi lain dalam usaha membanteras penjualan rokok elektronik tanpa kebenaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

