Memang ada SD ditandatangani untuk angkat Anwar jadi PM – Tajuddin Rahman

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa desas-desus berhubung terdapat pemimpin UMNO menandatangani akaun bersumpah (SD) untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar.

Menurut Tajuddin, beliau merupakan saksi hidup dalam isu tandatangan SD tersebut.

“Saya saksi hidup. Memang ada SD ditandatangani untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Surat ditulis kepada Istana, memang ada.

“Saya juga turut digesa tetapi saya tidak mahu. Tapi bila dah bermasam muka, saya tanda tangan juga la. Sebab itu saya saksi hidup.

“Bila ditanya di luar, dia kata ‘no DAP, no Anwar, no PKR’,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jika tak dicalon, Tajuddin boleh tanding atas tiket Pas

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, beliau menerima dengan hati terbuka berhubung pelucutan jawatan sebagai MT UMNO.

Namun, Ahli Parlimen Pasir Salak itu menegaskan, beliau sama sekali menafikan tuduhan yang mengatakannya sebagai pengkhianat UMNO.

“Saya menerima surat (perlucutan jawatan sebagai MT) yang mengucapkan tahniah atas perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

“Dalam surat tersebut, tiada sebarang kenyataan yang menunjukkan saya melakukan kesalahan.

“Jadi bagaimana ada pihak yang mengatakan saya sebagai ingkar kepada arahan parti?,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This