KECOH di media Indonesia sejak semalam selepas tular satu klip video seorang atuk membawa seguni duit ke pengedar Mitsubishi bagi membeli sebuah Pajero secara tunai sebelum pulang dengan wajah tersenyum lebar.
Klip video itu dimuat naik oleh Siti Masrurohh di laman TikToknya semalam, dan ia kini telah ditonton lebih 3.7 juta kali dengan lebih 229,000 tanda suka.
Mengikut video itu, lelaki tersebut berasal dari Lumanjang, Jawa Timur, namun tidak dinyatakan nama ataupun usia warga emas itu.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut tumpang gembira melihat kemampuan lelaki tersebut membeli secara tunai dan ia bukan kaleng-kaleng bagi mereka.
Malah ada yang turut sama-sama berdoa agar diberi kesempatan sama untuk membeli sebuah kenderaan sama seperti lelaki itu.
“Ya Allah semoga aku bisa belimobil Pajero sama kake,” tulis ceuhaji872 di ruang komen.
Baca artikel berkaitan: Tiga maut dalam kemalangan dengan treler dekat Serendah
Dalam video berkenaan lelaki itu kelihatan duduk berurusan di kaunter pembayaran dengan guni mengandungi wang tunai di kakinya.
Dia kemudian dilihat menyeluk ke dalam guni bagi mengeluarkan wang sebelum mengatakan sesuatu kepada pekerja.
Warga emas itu kemudian dilihat memandu sebuah kenderaan berlogo Mitsubishi pulang menyusuri jalan raya dengan wajah gembira.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

