Tun Mahathir tak tolak kemungkinan bertanding dalam PRU-15

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan yang beliau akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, hal itu mungkin berlaku sekiranya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih tidak mempunyai calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Jelas Dr Mahathir, Pejuang setakat ini sudah mempunyai beberapa nama calon untuk dipertaruhkan di kawasan itu namun ia terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.

“Kita ada calon tetapi waktu ini kita tidak (boleh) beritahu lagi, kalau tak ada apa pun (perkembangan berkenaan calon sesuai hingga ke saat akhir), (dan jika) ada orang cadang saya (untuk bertanding di Langkawi), saya akan pertimbangkan.

“Kalau sudah tak ada orang (yang sesuai), (saya mungkin bertanding mempertahankan kerusi ini),” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca artikel berkaitan: Ahli dan pemimpin sendiri pun tak kenal Pejuang, kata Mahathir

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Pejuang telah mengambil inisiatif untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan parti itu sebelum PRU-15.

Begitupun, jelas beliau, Pejuang masih kurang dikenali memandangkan tiada liputan meluasa dari pihak media.

“Kita sudah lawat semua negeri, sampai ke Sabah kita pergi, tetapi tidak ada laporan. Kita (sebenarnya) ada orang (ahli parti), (lebih) banyak daripada orang Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dahulu.

“Mereka sekarang ini sudah tidak sokong Bersatu, mereka sokong Pejuang,” ujar beliau.

Dr Mahathir sebelum ini mengesahkan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam PRU-15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This