Bubar saja MPN, hanya untuk naik imej Muhyiddin – Zahid Hamidi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan.

Hal itu menurut beliau kerana MPN dilihat hanya  dijadikan sebagai platform untuk menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sahaja.

Ahmad Zahid berkata, kewujudan MPN sedari awal tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada kerajaan sahaja.

“Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, MPN yang dipengerusikan Muhyiddin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat.

“Fungsi ini sebenarnya boleh dan sedang dilakukan oleh badan-badan pemikir berkaliber seperti contohnya Khazanah Research Institute (KRI) dan badan-badan pemikir lain yang selama ini telah lama bergiat aktif dalam memberi nasihat serta syor kepada Kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Zahid fail permohonan tangguh prosiding bela diri

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sudah tiba masa untuk membubarkan MPN dan memberikan kelapangan kepada kementerian-kementerian dan menteri-menteri sedia ada.

Menurut Presiden UMNO itu, langkah pembubaran tersebut dilihat lebih memberi manfaat kepada negara berbanding terus mengekalkannya.

“Saya ingin menasihati Muhyiddin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai bekas Perdana Menteri, seperti menerusi Yayasan Kemimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Itu lebih elok,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This