TIGA lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan dan khianat sehingga mengakibatkan cermin kereta pecah di tepi Jalan Radin Bagus, Sri Petaling pada Isnin lalu berjaya ditangkap polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua suspek merupakan warga tempatan berusia 20 dan 41 tahun.
“Suspek akan di bawa ke Majistret Kuala Lumpur bagi permohonan tahanan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, usaha bagi mengesan suspek yang masih bebas diteruskan.
“Pihak polis menggesa individu yang terlibat dalam rakaman video untuk tampil membantu siasatan”.
Mengulas lanjut, kes kini dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Baca artikel berkaitan : 20 lelaki merusuh di Sri Petaling diburu polis
Isnin lalu, UtusanTV melaporkan polis mengesan 20 lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan terbabit.
Jelasnya, suspek telah bergaduh antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak.
Malah, suspek juga telah merosakkan kenderaan milik seorang pengadu sehingga cermin kereta pecah.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian di atas boleh menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis yang berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

