Sebuah kenderaan mengalami kerosakan susulan pergaduhan 20 lelaki di Sri Petaling.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 20 lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, kejadian rusuhan itu turut menyebabkan berlakunya kerosakan beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, seorang lelaki yang juga pengadu merupakan pemilik kenderaan yang rosak akibat pergaduhan tersebut.

“Pengadu meletakkan kereta beliau di tepi jalan kira-kira 2.30 pagi untuk makan bersama-sama rakannya sebelum dua kumpulan tersebut bergaduh.

“Kesemua lelaki itu bergaduh di antara satu sama lain menggunakan senjata besi dan botol arak.

“Pengadu mendapati lelaki tersebut merosakkan beberapa kereta yang berada di sana, termasuk kereta pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Merusuh di kedai makan, polis tahan tujuh individu

Mengulas lanjut, Amihizam berkata, cermin belakang dan penumpang belakang sebelah kanan kereta pengadu pecah akibat pergaduhan tersebut.

Jelas beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

@utusantvofficial

Reply to @dewaruci1178 . Ini rakaman HD skrin penuh, tapi kena blur juga sikit sebab ganas. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Brickfields 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram