Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi ayam goreng pandan yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili hijau
3 helai daun limau purut
4 tangkai daun pasli
2 batang serai
5 helai daun pandan

BAHAN B:
500 gm peha ayam tanpa tulang
10 helai daun pandan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kacang soya
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk rempah lima
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:
1.Kisar semua bahan A seperti bawang merah, bawang putih, cili hijau, daun limau purut, daun pasli, serai dan daun pandan sehingga lumat. Ketepikan.
2.Perapkan peha ayam dengan bahan yang telah dikisar tadi selama satu jam.
3.Setelah diperap, peha ayam hendaklah dibungkus dengan daun pandan. Kukus selama 6 minit, kemudian digoreng.
4.Untuk membuat sosnya, panaskan periuk. Masukkan gula, kacau sehingga warna keperangan.
5.Apabila sudah keperangan, masukkan sos tomato dan kacau sehingga sebati.
6.Kemudian, masukkan sos tiram, sos kacang soya, serbuk lada putih dan serbuk rempah lima. Kacau sehingga sebati. Hidangkan dengan ayam pandan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram