OPERASI Kawasan Inisiatif Bersepadu (KIB) berjaya dikekalkan dalam tempoh dua tahun dengan kerjasama dan kesepaduan masyarakat setempat yang menyokong kepulihan bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, usaha itu turut membawa kepada kejayaan pengekalan penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT).
Tambahnya, ia turut menyokong klien AADK bagi program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) kekal pulih di kawasan berkenaan.

“Saya telah dibawa melawat ke beberapa buah projek di bawah inisiatif KIB yang lepas dan masih kekal beroperasi dalam dua tahun ini iaitu penternakan arnab dan kambing serta pembuatan tanjak.
“Melalui kerjasama dan sokongan semua pihak, taraf hidup penduduk FELDA Keratong telah berubah ke arah yang lebih baik.
“Apa yang lebih membanggakan adalah meningkatnya kesejahteraan hidup masyarakat di sini apabila masalah-masalah dadah dan pelencongan sosial semakin berkurangan.
“Semua ini adalah hasil kerjasama dan kesepaduan gerak kerja antara masyarakat FELDA Keratong ini sendiri dengan pihak AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan atau agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam majlis Hari Pengekalan Kepulihan Klien AADK di Rompin hari ini.
Baca artikel berkaitan: AADK sedia bantu remaja ‘dimandi jenazah’ curi tabung masjid
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, YB Datin Shamsiah Arshad, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan serta Pengarah AADK Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam.

Mengulas lanjut, Sutekno berkata, inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kurang kerjasama dari komuniti dan masyarakat setempat.
“Kita haruslah peka dan cakna dengan setiap perubahan dalam kalangan ahli komuniti kita. Andai berlaku sebarang perubahan yang negatif, kita perlu bertindak secara bersama untuk menghalang daripada perkara ini terus berlaku,” katanya.
Tambahnya lagi, program yang dianjurkan AADK Pahang itu juga amat bertepatan dengan objektif pelaksanaan KIB iaitu mendayaupaya dan pemilikhakkan peranan komuniti bagi mengekalkan kesejahteraan hidup rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

