Penyanyi legenda Bob Tutupoly meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI legenda, Bob Tutupoly, 82, meninggal dunia di Rumah Sakit Mayapada, Jakarta Selatan, pukul 12.03 tengah malam tadi.

Khabar sedih itu disahkan oleh anaknya, Erick kepada media tempatan.

“Ya benar,” katanya ringkas.

Sementara itu, isteri kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Widuri itu, iaitu Rosmayuti Nasution turut berkongsi mengenai berita duka itu.

“Damailah suami, papa, opa, oom kami tercinta,” ujarnya.

Berita pemergian Bob itu nyata mengundang kesedihan peminatnya.

Malah rakan pemuzik, Stanley Tulung turut membuat berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.

“RIP Om Bob Tutupoly. Terima kasih untuk semua yang sudah Om Bob berikan untuk kita semua. Semoga lapang jalanmu menuju keabadian sejati,” tulis Stanley.

Menurut Stanley, jenazah Bob akan disemayamkan di rumah duka Rumah Sakit Siloam Semanggi, Jakarta.

Untuk info, Bob merupakan anak kelahiran Surabaya dan pernah menerima anugerah pemenang pertama dalam Festival Lagu Popular 1980 di Jepun.

Antara lagu-lagu popularnya seperti Widuri, Lidah Tidak Bertulang, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This