PEMILIHAN Parti Keadilan Rakyat 2022 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Presiden parti tersebut bagi tempoh 2022/2025 selepas menang tanpa bertanding.
Menariknya, Rafizi Ramli yang membuat kemunculan semula berjaya meraih jawatan Naib Presiden, menewaskan pesaingnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam Pemilihan PKR 2022, seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi yang menyaksikan 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayapnya.
Jawatan Naib Presiden juga mendapat perhatian ramai apabila 17 calon menawarkan diri bertanding bagi empat kerusi seperti yang diperuntukkan dalam Majlis Pimpinan Pusat.
Bagi keputusan pemilihan peringkat cabang pula, ia mula diketahui sejak 23 Mei melalui aplikasi ADIL dan laman web ADIL.
Berikut keputusan Pemilihan PKR 2022:
Presiden: – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timb.Presiden: – Rafizi Ramli
Naib Presiden: – Datuk Seri Amirudin Shari – Chang Lih Kang – Nik Nazmi Nik Ahmad – Datuk Seri Aminuddin Harun
Ketua Wanita: – Fadhlina Sidek
Timb. Ketua Wanita: – Juwairiya Zulkifli
Naib Ketua Wanita: – Wasanthee Sinnasamy – June Leow Hsiad Hui – Sangetha Jayakumar
Ketua AMK: – Adam Adli Abd Halim
Timb.Ketua AMK: – Muhammad Kamil Munim
Naib Ketua AMK: – Atyrah Hanim Razali – Pravin Murali – Prasanth Kumar Brakasam

