Teruja mahu kongsi berita baik tapi kesihatan tak mengizinkan – Sissy Imann mohon doa peminat agar cepat sembuh

Dari Penulis

PENYANYI, Sissy Imann mendedahkan dirinya masih mengalami gejala ringan seperti sakit tekak dan kepala selepas dijangkiti wabak Covid-19 pada Julai lalu.

Menurut Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, suhu badannya kini kerap turun naik dan sering berasa letih walaupun hanya melakukan aktiviti ringan.

“Alhamdulillah keadaan baik cuma saya agak letih dan kebanyakkan aktiviti saya lakukan atas katil sahaja. Awalnya sebelum disahkan positif ketika itu saya sedang bekerja, namun selepas itu saya mula berasa sakit kepala.

“Waktu itu masih negatif, kemudian keesokkan harinya disahkan positif. Memang rasa letih dan penat cuma tak sangka apabila kena pada diri sendiri barulah tahu bagaimana rasa sakitnya. Mujurlah saya sudah divaksin. Ini merupakan kali pertama saya dijangkiti Covid-19,” jelasnya memetik mStar.

Peserta program Big stage musim pertama itu juga teruja untuk terbang ke United Kingdom pada 17 Julai ini namun dia juga mahu fokus tentang kesihatannya agar kembali sembuh.

“Saya memang teruja untuk kongsikan berita baik ini, tetapi buat masa sekarang saya kena tunggu dulu. Saya akan umumkan pada 20 Julai depan, Insya-Allah.

“Keadaan kesihatan ini yang merisaukan saya kerana pada hari penting itu nanti saya perlu sihat. Mohon doakan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan,” jelasnya lagi yang enggan berkongsi berita baik tersebut.

Untuk rekod, Sissy pada Mac yang lalu, pernah mengalami batuk dan sakit tekak berpanjangan yang menyebabkan dia sukar untuk berkomunikasi namun tidak disahkan dijangkiti wabak Covid-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This