ADIL sistem utuh, MPP PKR terima keputusan rasmi Pemilihan 2022

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Pimpinan Pusat (MPP) PKR menerima keputusan rasmi Pemilihan 2022 parti itu seperti yang telah diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Selasa lalu.

Sehubungan itu, MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan diteruskan pada 15 Julai manakala Kongres Nasional parti itu pada 16 serta 17 Julai ini di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan, keputusan sebulat suara itu dicapai dalam mesyuarat khas MPP malam tadi.

Menurut beliau, MPP telah meneliti laporan JPP, pembekal perkhidmatan membangunkan aplikasi ADIL serta firma audit forensik dilantik JPP.

Pada masa sama, Fahmi memaklumkan, MPP turut mengambil maklum sebahagian daripada 1,800 aduan yang diterima masih dalam penelitian JPP.

“MPP turut diberi taklimat penuh oleh firma audit forensik berhubung dapatan audit lengkap bagi Pemilihan 2022.

“Berdasarkan perbincangan dan pembentangan penuh malam tadi, MPP mengambil maklum bahawa sistem ADIL yang dibangunkan adalah suatu sistem dengan integriti yang utuh.

Baca artikel berkaitan: Pemilihan PKR 2022: Rafizi Naib Presiden, Anwar kekal Presiden

“Walaupun begitu, firma audit forensik memperakui wujud beberapa kelemahan pada peringkat pelaksanaan sistem tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, MPP turut menerima penjelasan penuh firma audit forensik tersebut bahawa langkah-langkah bersesuaian untuk memperbaiki kelemahan tersebut telah diambil.

Berhubung Kongres PKR Ke-16, beliau berkata tarikh asal pada 24 Jun bagi Kongres Wanita dan AMK serta Kongres Nasional pada 25 dan 26 Jun telah diubah untuk memberi ruang serta masa secukupnya kepada JPP dan firma audit forensik.

“Ia bagi menyelesaikan aduan-aduan yang diterima dan tidak sama sekali bertujuan melengahkan pengumuman keputusan Pemilihan.

“Kongres PKR Ke-16 ini akan menyaksikan saf kepimpinan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan parti seterusnya menggariskan dasar serta hala tuju parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kesemua perwakilan termasuk dari Sabah dan Sarawak akan hadir secara fizikal,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This