Serah kepada PM tentukan tarikh bubar Parlimen – Mahdzir

Dari Penulis

TARIKH pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukannya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Datuk Seri Mahdzir Khalid – GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata ini kerana Ismail Sabri lebih mengetahui masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya, meskipun beliau turut mempunyai jawatan tinggi dalam UMNO.

“Kita serah pada Perdana Menteri (tarikh pembubaran Parlimen). Meskipun (saya) ada jawatan dalam parti tetapi pembubaran Parlimen seeloknya biarlah kita ajukan pada Perdana Menteri..saya fikir dia tahu masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Peruncitan Mara : Halmart di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media yang mengatakan lima kepemimpinan tertinggi UMNO belum duduk berbincang tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 meskipun ketetapan itu dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lepas. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This