PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat dua syarikat pemain utama industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan republik itu dalam bidang teknologi.
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).
Sebaik tiba di MKE, Ismail Sabri disambut oleh Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar dan Ketua Pegawai Eksekutif MKE Yasin Akdere sebelum diberikan taklimat mengenai operasi perintis sektor pertahanan Turkiye itu.
MKE, sebuah syarikat milik kerajaan selaku pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turkiye memiliki 10 kilang moden, lebih 400 produk terbahagi kepada empat kategori — peluru, senjata, roket, bahan letupan dan piroteknik.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri tiba di Ankara teruskan lawatan rasmi ke Turkiye
Semasa melawat TAI, Ismail Sabri diberi taklimat mengenai operasi syarikat itu oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof Temel Kotil.
Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi Bersama (Industri) Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.
Di akhir lawatan, satu pertunjukan udara diadakan untuk delegasi Malaysia menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan Turkiye, helikopter T129 ATAK, pesawat tanpa pemandu Anka, pesawat latihan Hurkus dan helikopter Gokbey.
Terletak di ibu kota, kilang pengeluaran TAI meliputi kawasan seluas lima juta meter persegi dengan 150,000 meter persegi kemudahan industri.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

