SEBUAH pusat hiburan masih terus beroperasi meskipun sudah lima kali diserbu polis sejak Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pusat hiburan di Jalan Metro Perdana Barat, Taman Usahawan, Kepong sekali lagi diserbu petang semalam dalan Op Noda.
Katanya dalam serbuan terbaharu seramai 10 wanita warga asing, dua lelaki warga asing yang menyerupai wanita dan seorang penjaga premis ditahan polis pada pukul 6.58 petang.
Katanya, kesemua 12 suspek warga asing itu berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO).
Jelasnya, polis turut merampas peralatan sistem audio dan wang tunai berjumlah RM159.
“Modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik pusat hiburan yang telah beroperasi sejak tujuh bulan yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan : Kerani maut digilis treler
Mengulas lanjut, semakan rekod mendapati seorang suspek warga tempatan mempunyai lima rekod lampau pelbagai kesalahan manakala 12 suspek lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Kesemua suspek akan di bawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman”.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seksyen 55 B Akta Imigresen dan Seksyen 39 B Akta Imigresen.
Sehubungan itu, Eng Lai menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang aktivit yang kurang sihat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

