BUKAN wanita yang didakwa menghina Islam dengan menanggalkan tudung dan baju di sebuah kelab komedi sahaja ditahan tetapi teman lelakinya juga telah ditahan bagi membantu siasatan.
Perkara itu disahkan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noorsiah, lelaki itu telah ditahan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, suspek telah pun direman selama tiga hari hingga Rabu ini.
“Bagi suspek wanita yang ditahan kelmarin, permohonan untuk menyambung tahanan reman akan dibuat memandangkan tempoh reman akan tamat esok.
“Kertas siasatan akan dirujuk segera ke Pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang wanita yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina Islam dengan menanggalkan tudung dan baju ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi telah pun ditahan, kelmarin.
Baca artikel berkaitan: Wanita buka tudung, baju didakwa hina Islam direman tiga hari
Suspek telah ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya oleh sepasukan pegawai dan anggota USJT serta direman hingga esok.
Wanita berusia 26 tahun itu ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan.
Kelmarin, kecoh sebuah klip video memaparkan aksi seorang wanita tanpa silu menanggalkan baju kurung dan tudungnya di khalayak ramai dalam satu kejadian di sebuah kelab komedi dekat Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.
Kejadian terbabit dikongsi di laman sosial Facebook oleh beberapa individu yang berada di lokasi kejadian dengan kapsyen “acara menghina Islam”.
Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat seorang wanita berbaju kurung dan berhijab berada di atas pentas sambil melontarkan ucapan berbunyi seperti di bawah.
“Hello dan assalamualaikum semua. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Saya seorang Melayu dan muslim. Saya telah menghafal 15 juzuk al-Quran tetapi..”.
Wanita tersebut kemudian dilihat meletakkan mikrofon lalu mula menanggalkan tudung serta baju kurung sehingga menampakkan pakaian yang menjolok mata membuatkan para penonton bertepuk tangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

