Tangkap layar rakaman memaparkan aksi pergaduhan sepasang kekasih di Hong Kong.

KECOH satu klip video memaparkan aksi pergaduhan sepasang kekasih apabila seorang gadis melakukan gerakan 360 darjah ala Black Widow terhadap “teman lelakinya” di hadapan sebuah restoran.

Kejadian berlaku di Eightland Gardens, On Chee Road di Tai Po, Hong Kong semalam.

Video terbabit mendapat perhatian warganet kerana kejadian tersebut bukanlah seperti pergaduhan biasa apabila wanita berpakaian serba putih itu melakukan gerakan seperti seorang adiwira.

Aksi tersebut berlaku selepas teman lelaki itu mengendong wanita terbabit lalu wanita tersebut bertindak mengepit kedua-dua kakinya di leher lelaki itu dan membuat gerakan “Black Widow” sebelum menjatuhkan kekasihnya ke lantai.

Baca artikel berkaitan : Mereka istimewa, bukan ingin jadi ‘tiang’ lihat bapa jatuh motosikal

Malah, menerusi klip video rakaman yang lain, wanita tersebut juga dilihat bertindak agresif dengan memukul dan menendang kekasihnya berulang kali.

Kejadian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan salah seorang pekerja restoran tampil meleraikan pergaduhan tersebut.

Menerusi laporan Dimsumdaily Hong Kong, pekerja restoran tersebut mengesahkan insiden terbabit bukanlah pergaduhan sebenar.

Sebaliknya, aski pergaduhan tersebut dilakonkan bagi babak dalam penggambaran filem.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram