PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap perasmian Permulaan Pengorekan Terowong ECRL dengan Kaedah Mesin Pengorek Terowong (TBM) di tapak pembinaan Terowong Berkembar Genting, baru-baru ini.

KERAJAAN masih kekal fokus dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketersambungan digital yang
menyeluruh di segenap lapisan masyarakat menjadi objektif utama dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga mengharapkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan selepas pelancaran satelit MEASAT3-D baru-baru ini.

“Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) bakal menyediakan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk, liputan 5G yang lebih luas dan jalur lebar tetap kepada sembilan juta premis menjelang 2025.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Huawei Malaysia kerana membantu kerajaan mempercepatkan transformasi digital dan mengukuhkan pembangunan inovasi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena pelancaran RuralStar Huawei di Bera, Pahang hari ini.

Baca artikel berkaitan: Fasa 1 JENDELA dijangka libatkan kos RM28 bilion – MCMC

Dalam pada itu, mengulas mengenai RuralStar, Perdana Menteri berkata, beliau teruja apabila dapat menyaksikan sendiri teknologi terkini dan penyelesaian digital yang
dibangunkan secara langsung oleh Huawei Malaysia.

Jelas beliau, pelancaran RuralStar itu penting agar teknologi baharu sepertinya dapat memudahkan ketersambungan kepada komuniti-komuniti yang sukar dijangkau.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Huawei Malaysia dan Majlis Daerah Bera kerana bekerjasama untuk menganjurkan majlis yang julung kali diadakan di luar bandar, bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk di sini.

“RuralStar merupakan peranti infrastruktur rangkaian telekomunikasi teknologi terkini yang dapat menghubungkan kawasan yang bukan hanya terpencil tetapi juga tidak mempunyai infrastruktur komunikasi yang lengkap,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram