TNB komited rapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TENAGA Nasional Berhad (TNB) terus komited untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat dengan memperkasakan infrastruktur jaringan telekomunikasi dan digital di kawasan bersasar.

Terbaharu, TNB menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) melakukan inisiatif tersebut untuk menghubungkan lima kawasan di Kedah.

Inisiatif itu memanfaatkan 33,000 kediaman di Sungai Petani, Kulim, Kuala Ketil, Mergong dan Aman Jaya yang sebelum ini tidak mempunyai capaian (underserved), menikmati capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Kedah adalah negeri ketiga melancarkan projek kemudahan rangkaian telekomunikasi Allo itu selepas Melaka dan Perak.

Baca artikel berkaitan: Stesen janakuasa TNB di Kenyir beroperasi semula

Sehingga kini, 180,000 premis telah dihubungkan dengan rangkaian jalur lebar gentian optik Allo meliputi Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor (Cyberjaya).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Romani Wan Salin (tengah) yang mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama-sama Ketua Pegawai Kawalselia & Pengurusan Stakeholder TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Allo Technology Sdn Bhd, Ir. Mohamed Ghous Ahmad (paling kanan) menanam anak-anak pokok sebagai simbolik usaha menyumbang kepada kelestarian masa depan.

Ketua Pegawai Kawalselia dan Pengurusan Stakeholder TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, inisiatif menyokong JENDELA adalah selaras dengan aspirasi TNB sebagai pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.

Jelas beliau, program itu turut menyokong aspirasi serta komitmen TNB dalam mengurangkan perubahan iklim melalui penggunaan teknologi digital secara cekap dan meluas dalam urusan seharian manusia.

“Pengunaan teknologi digital dalam urusan seharian bagi menggantikan proses sedia ada yang kurang mesra alam, mempunyai sumbangan positif terhadap aspirasi TNB bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

“Ia sejajar agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) TNB dalam merangka strategi peralihan tenaga menuju kehidupan lestari sepertimana komitmennya dalam Hala Tuju Kelestarian 2050 TNB.

“Malah, pelaksanaan program merapatkan jurang digital ini adalah antara usaha murni TNB dalam memberi perkhidmatan berasaskan teknologi yang menjangkaui perkhidmatan bekalan elektrik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Allo Technology Sdn Bhd, Ir. Mohamed Ghous Ahmad (paling kiri) menunjukkan lima kawasan yang menerima capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi di negeri Kedah kepada Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Romani Wan Salin (dua, kiri) ketika Majlis Perasmian Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Kedah, hari ini

Infrastruktur disediakan Allo menghubungkan 14,745 premis di Kulim, Aman Jaya (9,568), Kuala Ketil (3,695), Mergong (2,574) dan Sungai Petani (2,376).

Premis terbabit boleh mendapatkan pembekal perkhidmatan runcit atau Retail Service Providers (RSP) iaitu Maxis, Astro, Digi, Celcom, U Mobile, Freshtel dan Redtone bagi melanggan pakej-paket internet.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This