Shahir kini bergelar tunangan kepada wanita Tawau

Dari Penulis

PENYANYI Shahir Zawawi kini bergelar tunangan kepada wanita berusia 31 tahun majlis pertunangan yang berlangsung hari ini.

Walau bagaimanapun, Shahir,34, enggan mendedahkan nama bakal suri hatinya itu.

Ujar Shahir, majlis tersebut diraikan secara ringkas di kediaman keluarga wanita itu di Tawau yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis berlangsung selepas Zuhur.

“Dari pihak keluarga saya, ada enam orang yang hadir. Mengenai nama dan siapa orangnya, nanti saya akan kongsikan bila saya dah bersedia. Buat masa sekarang, biarlah rahsia,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelas Shahir, majlis pertunangan itu juga merupakan kali pertama keluarga kedua-dua belah pihak bertemu.

“Saya dan dia pernah berjumpa keluarga masing-masing, tapi di majlis tadi itu adalah kali pertama keluarga kami bertemu antara satu sama lain,” ujarnya.

Dedah Shahir, dia dan tunangnya tidak merancang untuk mengambil masa yang lama untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu bernikah. Katanya lagi, jika ada rezeki, mereka akan berkahwin tidak lama lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This