Tahniah! Shahir Zawawi juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100,000

Dari Penulis

TAMPIL dengan persembahan memukau, penyanyi terkenal Shahir berjaya merebut gelaran juara program realiti Hijrahkan Laguku yang bersiaran secara langsung di Studio TV AlHijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Pemilik nama Shahir Zawawi atau Shahir,33, menewaskan empat peserta lain dengan mempersembahkan lagu bertajuk Madahku yang diolah daripada lagu asal Madah Berhelah oleh penyanyi Ziana Zain.

Manakala segmen duet berentap bersama Datuk Nash menerusi lagu Perjalanan Jiwa yang diubah daripada lagu Kamelia oleh kumpulan Sweet Charity.

Kemenangan Shahir yang juga merupakan bekas Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu melayakkan dirinya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta plak Hijrahkan Laguku.

Shahir berjaya menewaskan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Shahman yang berkongsi gelaran naib juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Dalam pada itu, Anugerah Sawa’ Assabil berjaya dimenangi oleh Iwan Syahman yang bernilai RM3,000 dimana wang tersebut akan di wakafkan.

Pentas akhir Hijrahkan Laguku diadili oleh juri tetap Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam serta pendakwah jemputan iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Program yang dihoskan oleh pengacara Faizal Ismail dan Bell Ngasri itu menggunakan format 80 peratus penjurian dan 20 peratus daripada undian penonton.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This