Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan inisiatif Latihan Amal Keselamatan Menyeluruh dengan kadar segera.

Menurut Perdana Menteri, inisiatif itu akan membolehkan tahap kesiapsiagaan negara dipertingkat untuk menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.

Jelas beliau, Latih Amal itu perlu melibatkan kementerian dan agensi kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri serta penglibatan pihak swasta.

“Malah, perlu diintegrasikan aspek sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan khususnya melibatkan pelbagai segmen komuniti.

“Setiap agensi kerajaan harus bersedia melalui mekanisme sedia ada untuk memulakan perancangan pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh ini pada kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Keselamatan Negara 2022 dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 hari ini.

Baca artikel berkaitan: Zalim jika diambil tindakan, takkan nak rampas minyak peket dari makcik pisang goreng – Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, MKN harus memulakan suatu kerangka pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh untuk diuji di peringkat awal.

Ujar beliau, langkah itu perlu dilakukan dalam tempoh tiga tahun akan datang dan penting sebelum Latih Amal itu diperkemaskan secara berterusan.

“Sejajar dengan dinamika dan evolusi pengurusan keselamatan negara, MKN telah memperkenalkan doktrin keselamatan supaya Malaysia boleh mendepani cabaran
pengurusan keselamatan negara masakini dan akan datang.

“Doktrin Keselamatan Menyeluruh membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul bersama-sama seluruh jentera kerajaan dan segenap lapisan masyarakat secara proaktif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram