Pencapaian Perodua membanggakan negara – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENCAPAIAN syarikat Perodua dalam industri automotif dilihat sangat memberangsangkan dan membanggakan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal itu dapat dilihat menerusi komitmen berterusan Perodua kepada sektor automotif tempatan dengan pembelian
komponen automotif sebanyak RM7 bilion secara purata setiap tahun.

Menurut beliau, keuntungan daripada pembelian komponen tempatan itu dapat digunakan syarikat-syarikat tempatan untuk terus memajukan perniagaan masing-masing sama ada mengembangkan operasi ataupun melabur dalam teknologi baharu.

“Saya difahamkan terdapat syarikat komponen tempatan yang telah menjadi pembekal komponen kepada syarikat Daihatsu di Jepun.

“Ini satu pencapaian yang amat membanggakan negara kerana lazimnya kita import komponen dari Jepun tetapi kini kita yang mengeksportkannya ke Jepun. Syabas saya
ucapkan!,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran model Perodua Alza yang baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Baca artikel berkaitan: Buku Ismail Sabri Menteri Kanan Pertahanan diterbitkan

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kejayaan Perodua bukan sahaja dari sudut penjualan tetapi juga sebagai satu entiti yang amat menitikberatkan perkembangan dan
pembangunan automotif negara.

Ujar beliau, pelancaran Perodua Alza baharu itu antara satu daripada pencapaian Perodua sejak syarikat itu ditubuhkan.

Katanya, ia menjadi bukti kerjasama secara efektif di antara pihak kerajaan dan swasta sejak dahulu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, negara ketika ini mengalami cabaran ketidaktentuan ekonomi global seperti krisis geopolitik dan perubahan iklim.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar syarikat-syarikat besar negara untuk saling bekerjasama dalam mencapai lebih banyak kejayaan dalam menghadapi cabaran tersebut.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang berusaha meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik yang secukupnya.

“Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti
menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki.

“Kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani semua.

“Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This