Penghantar makanan hina Islam akan didakwa esok

Dari Penulis

PENGHANTAR makanan yang direman selama empat hari selepas mencetuskan kontroversi menghina agama Islam menerusi satu rakaman video tular akan didakwa di mahkamah esok.

Memetik laporan BH Online, lelaki tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada pukul 9 pagi.

Pertuduhan terhadap penghantar makanan berusia 39 tahun itu dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lalu, suspek yang didakwa menghina agama Islam itu telah direman selama empat hari sehingga esok di lokap Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.

Polis sebelum ini turut merampas telefon milik lelaki berstatus duda itu yang digunakan bagi merakam video tersebut.

Baca artikel berkaitan: Penghantar makanan hina Islam direman empat hari

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau serta hasil saringan ujian air kencing adalah negatif dadah.

Ahad lalu, UtusanTV melaporkan suspek telah membuat hantaran yang mencabar orang Melayu dan Islam supaya bertemu dengannya.

“Hina Islam, semboyan semua, geng-geng yang berNGO, berslogan. Aku nak korang try dengan aku, jumpa terus bunuh, jangan cakap banyak,” katanya dalam video tersebut.

Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan di kediamannya dekat Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong, pada pukul 12.30 tengah hari.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This