
SEORANG pelajar Universiti Teknologi Mara berdepan detik cemas selepas kereta yang dihidupkan enjin tiba-tiba bergerak ke depan sebelum terjun ke dalam gaung awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku di Puncak Gunung Medan, pada pukul 7.55 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati pelajar berusia 22 tahun telah meletakkan kenderaan jenis Proton Persona di sebelah kiri jalan dalam keadaaan bahagian hadapan kereta menghala ke arah gaung sebelum pergi beriadah di kawasan tersebut.
“Ketika meninggalkan kereta pemandu, gear kenderaan berada pada kedudukan satu,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Tambahnya, selepas selesai beriadah, pelajar itu kembali ke kereta dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut.
“Ketika menghidupkan enjin, kaki kanan pemandu berada di atas tanah dan pintu kenderaan terbuka.
“Pemandu telah terlupa kereta dalam kedudukan gear satu mengakibatkan kenderaan bergerak terus lalu memasuki gaung di kiri jalan selepas enjin dihidupkan,” ujarnya.
Baca artikel berkaitan : Tiga maut, bas rombongan sekolah terjun gaung dekat Jawa Barat
Katanya, mangsa sempat melompat keluar dari kereta sewaktu kenderaan tersebut bergerak jatuh ke dalam gaung dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Kerosakan dan kerugian yang dialami oleh pemandu masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya.
Kes kini diklasifikasikan di bawah RULE 10 LN166/59.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram