SEORANG lelaki dilaporkan trauma selepas kenderaan pelbagai guna yang dipandu terbabas masuk ke dalam parit besar berhampiran sebuah kilang konkrit dekat Kuala Kubu Bharu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 4.23 petang.
Katanya, sepasukan tujuh angota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, bomba tiba 20 minit kemudian dan mendapati kejadian melibatkan sebuah Nissan Serena yang dipandu seorang lelaki berusia 50-an.
“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan dialisis di Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum terbabas ke dalam parit sedalam 0.6 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Warga emas hilang ditemui mati di dalam parit
Katanya, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun di hantar ke hospital kerana mengalami trauma susulan kemalangan tersebut,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

