AKM Kelantan pemangkin rakyat Kelantan terlibat ekonomi digital

Dari Penulis

TEMA ‘Keluarga Malaysia Keluarga Digital’ sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Kelantan kali ini mampu menjadi pemangkin kepada rakyat di negeri itu untuk meningkatkan ekonomi mereka menerusi penggunaan platform digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa juga yakin penganjuran Jelajah AKM memberi impak positif selain menggalakkan usahawan untuk lebih aktif menggunakan platform digital dalam urusan perniagaan mereka.

“Saya harap dapat satu gelombang kesedaran rakyat untuk menyertai program ekonomi digital selepas ini.

“Kita harap ia dapat meninggalkan impak kepada Kelantan terutama kepada peniaga kerana negeri ini kaya dengan semangat budaya keusahawanan, jadi kita nak bawa usahawan ini untuk turut serta menyertai dalam ekonomi digital,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PM lawat reruai, santuni rakyat di Jelajah AKM Kelantan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Karnival Digital Kementerian Komunikasi dan Multimedia sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Annuar yang juga penyelaras Jelajah AKM Kelantan percaya sasaran 50,000 pengunjung pada edisi keenam itu mampu dicapai.

Jelajah AKM adalah kesinambungan kepada penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia diadakan di 14 lokasi di seluruh negara dengan pengisian program berbentuk perkhidmatan kepada rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This