Lori kontena terbabas punca sesak 7 km di PLUS dekat Tapah

Dari Penulis

PENGGUNA Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 318.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan terperangkap dalam kesesakan trafik sepanjang tujuh kilometer berikutan insiden sebuah lori kontena terbalik.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata insiden pada 3.20 petang itu membabitkan lori kontena membawa muatan sarung tangan yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melintangi jalan.

Beliau berkata pemandu berusia 28 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Baca artikel berkaitan : BMW remuk dihempap lori tangki terbalik

“Lori kontena yang terlibat dalam kemalangan itu telah dialihkan ke kiri lebuh raya dan lorong kanan telah dibuka kepada semua kenderaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This