Pihak polis dan bomba hadir ke lokasi kejadian susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan lalu.

POLIS mengesahkan menemui satu rangka manusia di dalam Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan, Kuantan, tengah hari tadi bersama-sama pas pekerja tertera nama Iman Aqmar.

Turut ditemui bersama mayat tersebut di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina adalah kad CIDB diatas nama Muhammad Iman Aqmar.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, MPV itu ditemui seorang lelaki warga emas ketika ingin membuang batang besi yang ditemui atas jalan raya.

“Ketika ingin membuangnya ke tepi sungai, pengadu ternampak satu objek seperti bumbung MPV yang berada di dalam sungai.

“Pengadu kemudian telah menghubungi Balai Polis Nenasi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pada pukul 12.50 tengah hari, sepasukan polis bersama bomba telah ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan yang dibuat,mendapati tiada unsur jenayah berlaku ditempat kejadian,” ujarnya.

Mohd Zaidi berkata, MPV itu dibawa keluar dari dasar sungai menggunakan dua jentera, sebuah jengkaut dan lori penunda.

“MPV berjaya dikeluarkan dari sungai kira-kira pukul 4.40 petang.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut, telah menjumpai satu rangka manusia diselaputi lumpur sungai,” katanya.

Katanya lagi, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut, mendapati ia mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Kuantan bagi tujuan bedah siasat dan kederaan telah di bawa ke IPD Pekan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan lanjut terhadap kenderaan bernombor pendaftaran WWF 3187, didaftarkan ke atas nama Asmawati Kadir.

@utusantvofficial

MPV itu ditemui seorang warga emas sedang mengalihkan batang besi ke tepi sungai yang ternampak satu objek seperti bumbung kenderaan pada pukul 11.40 pagi. #alfatihah #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Mohd Zaidi berkata, pemilik MPV telah diminta hadir ke IPD Pekan bagi tujuan pengecaman kereta, pakaian serta dokumen yang dijumpai bersama mayat.

“Bedah siasat akan dilakukan oleh Patalogi Hospital Kuantan dan Spesimen si mati akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pengesahan identiti simati”.

Iman Aqmar Dzulkarnain sebelum ini dilaporkan telah bertolak dari Pasir Gudang, Johor dengan menaiki kereta Grand Livina seorang diri dalam perjalanan ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu, 29 Oktober lalu.

Namun, dia tidak pernah sampai ke lokasi dituju dan pihak keluarga telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Baca artikel berkaitan : Lelaki hilang hampir setahun ditemui maut dalam sungai

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram