WILAYAH Iskandar Malaysia di Johor telah berjaya merekodkan sebanyak RM13.2 bilion pelaburan komited bagi tahun ini sehingga bulan Jun lalu.
Pencapaian itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) kali ke-30, hari ini.
Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat tersebut secara bersama dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurut Perdana Menteri, sebanyak RM5.9 bilion daripada jumlah pelaburan komited yang direkodkan tahun ini itu telah pun direalisasikan.
Sejak penubuhannya, Perdana Menteri berkata, IRDA telah mencatatkan sejumlah RM367.8 bilion dengan 60 peratus iaitu hampir RM219 bilion daripadanya adalah pelaburan domestik dan selebihnya RM148.1 bilion daripada pelaburan asing.
“Jumlah yang dicatat ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.
“Sebanyak lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembangunan pusat data,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: PM, isteri hadir resepsi perkahwinan anak MB Perlis
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamad Zuki Ali dan ketua-ketua jabatan terlibat.
Perdana Menteri berkata, pelaburan asing itu akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia.
“Secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

