Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid turut berkenan berangkat ke majlis resepsi perkahwinan anak Menteri Besar Perlis. GAMBAR: BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 malam ini.

Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.

Resepsi bagi meraikan Atiqah Bazilah Azlan dan pasangannya, Mohamad Faizal Che Mohd Din, berlangsung dengan meriah.

Baca artikel berkaitan: PM rasmi Hab Digital Ketereh, liputan internet 5G

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd Noor.

Seramai 1,500 tetamu jemputan menghadiri resepsi itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram