BILANGAN kes kematian akibat Covid-19 pada minggu epidemiologi (ME) ke-29 dari 17 hingga 23 Julai menunjukkan peningkatan sebanyak 63 kes berbanding 39 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian baharu juga menunjukkan peningkatan iaitu 29,886 pada ME ke-29 berbanding 26,335 kes pada minggu sebelumnya.
Daripada jumlah itu, Noor Hisham berkata, kes tempatan meningkat daripada 26,317 kes kepada 29,858 kes.
Begitupun, jelas beliau, bilangan kes import menurun sebanyak 26.3 peratus iaitu 38 kes kepada 28 kes.
“Bilangan kes sembuh pada ME ke-29 meningkat sebanyak 18.9 peratus iaitu daripada 19,138 kes kepada 22,757 kes.
“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 18.3 peratus iaitu peningkatan sebanyak 12.5 peratus bagi pesakit kategori 1 dan 2 diikuti peningkatan sebanyak 25 peratus bagi kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Kes Covid, ILI meningkat: KPM ada pelan kontigensi buat pelajar
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan pada ME ke-29.
Selain itu, katanya, trend kes aktif harian Covd-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) turun pada akhir ME ke-29 iaitu 70,140 kes berbanding 71,326 kes pada minggu sebelumnya.
Jelas beliau, sehingga kini, terdapat 15 kluster Covid-19 yang masih aktif dalam negara dan purata nilai RT juga menunjukkan kadar statik iaitu 1.10 bagi tempoh ME ke-29.
“Bagi survelan Jangkitan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) Covid-19, kadar positif sampel ILI bagi Covid-19 pada ME ke-29 menurun sebanyak 0.9 peratus.
“Kadar positif sampel ILI bagi Covid-19 menurun kepada 11.4 peratus berbanding 11.5 peratus pada ME ke-28, manakala kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 pula kekal 0 peratus,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

