IRDA rangka strategi pertanian moden kukuh agenda sekuriti makanan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PIHAK Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) sedang merangka strategi pertanian moden dalam usaha mengukuhkan agenda sekuriti makanan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama pertanian moden disegerakan dalam kawasan Iskandar Malaysia.

Kata beliau, perancangan itu bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara.

Menurut Perdana Menteri, ia sejajar dengan agenda kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai ‘hab agrimakanan’ Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Iskandar Malaysia catat RM13 bilion pelaburan komited – PM

Terdahulu Perdana Menteri telah pun mempengerusikan mesyuarat ahli IRDA kali-30, hari ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikannya secara bersama dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamad Zuki Ali dan ketua-ketua jabatan terlibat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022-2030.

Jelas beliau, draf tersebut bakal menjadikan Iskandar Malaysia sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara.

Ismail Sabri berkata, pelan tersebut berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan, kejutan serta tekanan masa depan.

“Pembangunan di wilayah ini amat penting bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This