KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar telah menyalurkan sejumlah RM10.01 juta kepada Felcra Berhad bagi pelaksanaan beberapa aktiviti pemerkasaan usahawan luar bandar di bawah Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan aktiviti berkenaan terdiri daripada penglibatan komuniti, kelestarian dan kemampanan industri desa, perlengkapan premis perniagaan dan pembangunan hasil baharu melibatkan 568 usahawan luar bandar terdiri daripada komuniti peserta Felcra Berhad.

“Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

“Ia juga bagi mempelbagaikan sumber pendapatan peserta supaya mereka tidak hanya bergantung kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Serah kepada PM tentukan tarikh bubar Parlimen – Mahdzir

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian anugerah kepada 77 usahawan luar bandar yang memenangi pertandingan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) Felcra Berhad, semalam.

Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This