PELAKON Azhar Sulaiman,51, mendedahkan sudah pernah menegur anak perempuannya, Kasih Iris Leona agar tidak terlalu berpakaian seksi sehingga mengundang perspektif buruk netizen.
Malah ujar Azhar yang mengelarkan dirinya sebagai Mami, turut meluahkan rasa syukur kerana dianugerahkan anak seperti Kasih.
“Syukur Alhamdulillah Mami ada anak seperti Kasih Iris Leona.
“Ya, dia suka pakai seksi. Dah cakap jangan seksi. Ya tetap bergambar seksi.
“Setiap ibu dan bapa akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. Anda senaraikan lah segala masalah yang seorang anak boleh conteng arang dekat ibu dan bapa dia,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Azhar seperti menyalahkan dirinya apabila menganggap tindakan anak perempuannya yang suka berpakaian seksi sebagai cerminan dirinya ketika muda.
“Pada Mami, biarlah begini dan begitu. Ia akan lebih teruk kalau nak renung balik zaman muda Mami dulu.
“Anak-anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu.
“Mami reda dan berharap Mami dapat menguruskan keluarga dengan baik,” ujarnya.
Terdahulu, Kasih Iris menjadi perbualan hangat warganet apabila foto dirinya yang berpakaian seperti berkemban tular di media sosial.

Rata-rata kurang senang dengan pemilihan pakaian gadis itu yang terlalu menjolok mata dan boleh mengundang pandangan liar lelaki miang.
“You name it lah (Anda beritahulah) segala ‘problem’ (masalah) yang seorang anak boleh conteng arang kat ‘parents’ (ibu bapa) dia.
“Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk,” katanya. Azhar berkata, anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita lakukan semasa bujang dulu.
“Saya reda dan saya harap saya boleh jaga keluarga saya dengan baik,” katanya.

