Rang Undang-Undang berkaitan larangan lompat parti dibentang hari ini

Dari Penulis

PEMBENTANGAN Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bakal menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang itu dijangka dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sesi libat urus bagi pembentangan rang undang-undang itu bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang telah diadakan pada Isnin dan Selasa sebelum pembentangan serta perbahasan pada hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang itu bakal menjadi pemangkin kepada pengakhiran gejala merokok dalam kalangan generasi belia.

Baca artikel berkaitan: PH akan bertemu PM bincang RUU Anti Lompat Parti

Turut menarik perhatian, isu impak perdagangan negara sejak Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa di Malaysia pada Mac lepas.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang) yang bertanyakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi soal jawab.

Selain itu, isu kenaikan gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Perdana Menteri pada sesi sama.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This