31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan tahun lepas hingga pertengahan tahun ini

Dari Penulis

SEJUMLAH 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan sejak tahun 2021 hingga 30 Jun lepas, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah dalam talian itu merangkumi penipuan pembelian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, African Scam/ Love Scam, Macau Scam, pelaburan, Business Email Compromise dan Tipu SMS.

“Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi-institusi kewangan telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti yang merangkumi kegiatan pemantauan, siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

“Selain itu usaha bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan turut dilipatgandakan menerusi siri taklimat kesedaran secara dalam talian serta program orang ramai, menggunakan saluran media dan juga laman media sosial,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.

Ia bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) yang ingin tahu jumlah kerugian pendeposit-pendeposit bank yang dimangsakan oleh scam bank di mana wang mereka telah dipindah tanpa pengetahuan dalam tahun 2021 dan 2022.

Baca artikel berkaitan: Kes jenayah komersial catat kerugian RM46.9 juta di Kelantan

MoF berkata BNM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan keselamatan saluran komunikasi dan multimedia bagi menyekat terbitan mesej palsu dan penyebaran perisian hasad (malware) oleh sindiket penipuan kewangan.

“Di samping itu nombor telefon dan peranti mudah alih yang terlibat dalam kes penipuan kewangan turut disenaraihitamkan,” katanya.

“Bagi memulihkan keyakinan rakyat atas keselamatan wang yang disimpan di institusi kewangan, kerajaan ingin menegaskan bahawa institusi perbankan mengamalkan piawaian sistem keselamatan yang tinggi bagi melindungi akaun pelanggan mereka,” katanya.

Menurutnya kerajaan melalui BNM juga secara berterusan memperkukuh garis panduan dan dasar keselamatan perbankan yang perlu dipatuhi oleh institusi-institusi kewangan, tambah MoF.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This