9 anggota polis ditahan bantu siasatan kes pemerasan ahli perniagaan

Dari Penulis

SEMBILAN anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kesemua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lepas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman. 

Katanya semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This