Lelaki rakam video bawah paha wanita di kaunter bayaran ditahan

Dari Penulis

TINDAKAN seorang lelaki merakam video bahagian bawah paha seorang wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah, mengundang padah apabila dia ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit di kaunter bayaran pasar raya pada 10.14 malam tadi.

“Wanita warga asing berusia 24 tahun itu telah diberitahu saksi awam bahawa lelaki terbabit merakam video secara sulit di bahagian bawah pahanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, lelaki terbabit kemudian ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Setia Indah untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan terhadap telefon bimbit lelaki terbabit menemukan pelbagai lagi video rakaman sulit tidak senonoh membabitkan beberapa wanita lain.

Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This