2 emas Sukan Komanwel: PM harap kontinjen negara kekal momentum

Dari Penulis


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kontinjen negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 mengekalkan momentum kecemerlangan selepas kejayaan mengutip dua pingat emas menerusi angkat berat hari ini.

Pingat emas pertama negara diperoleh atlet, Mohamad Aniq Kasdan yang memenangi kategori 55 kilogram (kg) diikuti Muhamad Aznil Bidin bagi kategori 61kg.

Menerusi dua catatan Facebook mengulas kejayaan kedua-dua badang negara itu,  Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Mohamad Aniq dan Muhamad Aznil kerana memecahkan rekod temasya berkenaan.

“Syabas saya ucapkan! Semoga atlet kita yang lain akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara.

“Ayuh kekalkan momentum ini dan terus berjuang!,” kata beliau.

Menurut Ismail Sabri, pencapaian Mohamad Aniq ini merupakan rekod kejohanan yang baru serta penampilan pertama beliau di kejohanan terbesar dunia.

Tambahnya, Muhamad Aznil pula bukan sahaja mengekalkan pingat emas yang beliau menangi pada edisi 2018 malah berjaya memecahkan rekod kejohanan.

Malaysia menetapkan sasaran enam pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This