BERITA di media sosial membabitkan tragedi buruk yang menimpa kanak-kanak menjadi salah satu ruang pencetus penyakit kesihatan mental dalam kalangan golongan muda.

Melalui perkongsian seorang jururawat terlatih, Nur Nabiila Masfuzah Abdullah berkata, kandungan berita seperti penderaan, kes rogol dan buli siber juga perlu dielakkan.

Katanya, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menghadkan masa bersama skrin dalam kalangan golongan muda.

“Orang yang bekerja juga perlu merehatkan mata selama lima minit dengan memandang perkara lain apatah lagi golongan muda,” katanya ketika siaran langsung di TikTok UtusanTV sempena minggu #KekalSihat TikTok.

@utusantvofficial

Min kongsi sedutan LIVE malam minggu lalu bertajuk Sosial Media dan Kesihatan Mental sempena minggu #KekalSihat di TikTok bersama @Bel_Nawhen #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ You’re Beautiful – Peaceful Melody & soave lofi

Baca artikel berkaitan : 424,000 kanak-kanak bergelut masalah kesihatan mental

Tegasnya, kanak-kanak di bawah usia dua tahun pula tidak mempunyai keperluan menggunakan gajet dan televisyen kerana ia mampu melambatkan motor tumbesaran.

“Jadi, bataskan jumlah masa terhadap skrin media dan memilih kandungan yang betul bagi mengelakkan penyakit mental menyerang,”ujarnya.

Jelasnya, ibu bapa juga tidak sepatutnya bersikap menghukum dan memilih kasih terhadap anak-anak sekiranya mendapati mereka bermasalah.

“Ibu bapa perlu bertindak rasional dengan mengadakan perbincangan bersama anak-anak jika terdapar sebarang perubahan tingkah laku,” tambahnya.

Katanya lagi ibu bapa perlu mendengar kisah yang dialami oleh anak-anak bagi mengenal pasti mengapa terdapat perubahan pada diri mereka.

Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kanak-kanak yang menolak untuk berkongsi cerita kepada ibu bapa.

Tegas Nur Nabiila, ibu bapa tidak sewajarnya bersikap prejudis dengan menganggap masalah kesihatan mental yang dialami berpunca kerana gangguan mistik.

“Jadi, ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan,” syor beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram