Jamal Abdillah sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

RAJA Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menyokong 100 peratus tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Menurut penyanyi Seniman Menangis itu, dia melihat keputusan yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adalah demi masa depan generasi muda pada masa akan datang.

“Yang Berhormat (YB) Khairy Jamaluddin, anda sangat-sangat berani untuk bawakan isu tembajau ini demi masa depan generasi muda termasuklah anak-anak saya.

“Saya memberikan sokongan 100 peratus untuk cuba bawa isu ini ke parlimen dan kalau boleh diluluskan, Alhamdulillah,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, ujar Jamal, sepatutnya kerajaan telah lama membincangkan isu tembakau supaya tidak ada yang akan berani merokok termasuklah dirinya.

“Ingat senang ke nak buat RUU tembakau ini. Dah beribu tahun orang hisap rokok.

“Kalaulah dari dulu lagi kerajaan dah buat, tak adalah saya hisap rokok…dah 64 tahun saya hisap rokok, dada sudah ‘bersarang’,” ujarnya.

Semalam, KKM bersetuju membuat empat pindaan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, termasuk mengurangkan kadar denda am terbabit.

RUU itu bakal memperkenalkan inisiatif generasi penamat (GEG) melalui penguatkuasaan larangan merokok ke atas individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Pada 27 Julai lalu, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya serta bagi perkara berkaitan.

RUU itu juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This